Para saintis telah melakukan kajian bahawa kira-kira 40 peratus kawasan pertanian di dunia kekurangan satu atau lebih mikro nutrien dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kepada tumbuhan. Di antaranya adalah KLOROSIS (kekurangan kandungan klorofil dalam tumbuhan) kerana klorofil merupakan bahan utama bagi menjalankan proses fotosintesis.
Proses fotosintesis melibatkan cahaya matahari, gas karbon dioksida dan klorofil yang akan menghasilkan 95 peratus makanan. Seperti yang telah dilaporkan secara global klorosis juga dikatakan satu masalah besar dan cabaran kepada tumbuhan untuk mendapatkan bekalan makanan ,di mana peningkatan tahap klorosis telah mengakibatkan hasil tanaman berkurangan. Dengan ini ia bukan sahaja menjejaskan hasil keluaran tanaman malah ekonomi para petani.
Bagi mengatasi masalah ini, NSU Noble Merchant telah mengambil langkah untuk mengedar dan memasarkan sejenis baja semburan berTECHNOLOGY XT yang dapat meningkatkan hasil pertanian dengan berasaskan formulasi bioteknologi daripada ekstrak tumbuhan. Baja semburan ini merupakan makanan seimbang bagi tumbuh-tumbuhan yang penuh dengan nutrien dan mineral. Makanan seimbang ini telah dirumus khas bagi merawat penyakit klorosis dan memperbaiki proses penghasilan klorofil. Dengan penggunaan baja semburan ini akan dapat membantu tumbuh-tumbuhan untuk menyerap Nitrogen (N) sehingga 85 peratus.
APA ITU BAJA SEMBURAN
(FOLIAR FERTILIZER)?
TECHNOLOGY XT merupakan baja semburan yang mengandungi unsur mikrob yang dapat mengaktifkan bakteria baik pada tumbuh-tumbuhan dan di dalam tanah. Ianya juga berperanan sebagai sumber makanan pada tumbuh-tumbuhan. Ianya adalah rumusan terkini berunsur organik yang merangkumi 3 komponen asas iaitu unsur asas N-P-K, unsur makro-mikro dan “Trace Element” yang mana ianya turut diperkayakan dengan Aloe Vera dan Asid Humik.
Pembajaan dilakukan secara semburan . Dimana kaedah semburan ini akan dilakukan secara terus kepada batang atau daun tanaman. Proses penyemburan secara terus kepada batang dan daun ini membolehkan tanaman menyerap segala nutrien dan mineral dengan cepat. Trace Element yang terdapat di dalam baja semburan ini bertindak sebagai pembawa (carrier) untuk membawa masuk nutrien dan mineral secara terus kedalam tumbuh-tumbuhan.
Hasil dari kajian dan percubaan keatas tanaman, di dapati bahawa baja semburan ini mampu berkembang maju kerana ia dapat menjimatkan kos dan meningkatkan hasil yang memberi pulangan yang lumayan kepada penggunaannya dalam bentuk hasil pengeluaran tanaman dan kewangan kepada petani. Penghasilan produk ini boleh diibaratkan sebagai salah satu bentuk PERTANIAN ALAF BARU. Ini kerana baja semburan ini adalah pemakanan lengkap tanaman (COMPLETE DIET) yang tidak mengandungi kesan negatif ke atas tanaman, ia adalah mesra alam dan mudah untuk dikendalikan.
Melalui kajian dan percubaan yang dijalankan di pelbagai jenis ladang tanaman di dapati bahawa :-
- · Terdapat peningkatan dalam kandungan klorofil pada tumbuhan dan daun berwarna hujau gelap
- · Meningkatkan aktiviti fotosintesis pada tumbuhan dan kecekapan dalam menggunakan nutrien lain yang dibekalkan atau yang telah sedia ada pada tanah.
- · Terdapat peningkatan pada jumlah dan panjang akar dan dapat memanjangkan hayat tanaman
- · Kualiti produk yang dihasilkan diperbaiki dari segi saiz, rasa dan perisa
- · Jumlah bunga dan buah yang dihasilkan adalah lebih banyak daripada tumbuhan yang menggunakan Technology XT
- · Tumbuh-tumbuhan menjadi lebih sihat dan tahan daripada serangan penyakit dan mengurangkan penggunaan racun perosak dan racun kulat.
- · Kandungan minyak, protein dan kabohidrat meningkat pada tanaman kelapa sawit.
- · Pada tanaman getah, pengeluaran hasil susu yang lebih banyak
- · Berat dan kualiti hasil meningkat pada semua jenis tumbuhan yang berbuah.Secara keseluruhan purata peningkatan pada pengeluaran adalah melebihi 40% manakala kos pembajaan dapat dijimatkan sehingga 50%
No comments:
Post a Comment